Since aku mendiamkan diri, kini aku kembali. Dah final year ni makin sibuk, dan makin padat jadual harian. Insya Allah segalanya berjalan dengan lancar. Cuti midterm ni, aku lum ada kesempatan nak update blogger, ini pun idea xde nak taip apa..hikhik. Memandangkan Bulan ramadhan makin tiba, aku rasa sangat teruja sebab raya ni dia datang berjumpa aku. Alamak!! risaunya.. aku dah bersedia ke untuk hadapi semua ni? kalu ikutkan usia aku ni dah sesuai sangat nak berumahtangga, tapi belum sampai seru, atau dengan kata lain jodoh belum sampai. Tapi semakin dekat aku untuk abis belajar, semakin dekat aku terasa jodoh aku nak sampai. Doakan.. aku dah tak tahan dengar soksek-soksek saudara aku yang tanyakan aku. Ye la, anak sulung, cucu sulung rasa besar tanggungjawab aku nak pikul nama family. Mestila mereka nak aku buat pilihan yang terbaik, yang akan menjaga aku sehingga ke akhir hayat aku. Ikutkan listnya ramai.. tapi ada je yang tak kena pada pandangan mama dan papa. "muda sangat la.... itu berusia sangat... apa!! duda?? cari la lain mira Oiii... belajar setakat mana??.." Ayoooo pening bila fikir sume tu, tapi aku akui mereka bebel pun untuk kebaikan aku. Sekarang, fokus aku pada pelajaran, dan Insya Allah aku akan tamat tahun depan bulan Mei.. Doakan kejayaan aku. Aminnnn...
Adik-adik pun dah risau siapa la pilihan aku tu, jadi sekarang ni aku lebih suka mendiamkan diri, bukan xde..ada sebenarnya tapi aku xnak kecoh-kecoh takut tak jadi, so.. tunggu je la Hari Raya ni, jika aku berkesempatan untuk bertemu dengan dia. Ikut hati nak je kawin cepat-cepat [amboi gelojoh aku ni..hahaha] ye la.. tengok member seangkatan semuanya dah berumahtangga, dan ada yg dah bertunang..so sampai sudah giliran aku. Harap angan-angan ku menjadi kenyataan..Aminnnn...
